RPH SAINS


Rancangan Pengajaran Harian
Tahun : 1 Mercury
Masa : 8.40 – 9.40
Mata pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Tema : Sains Hayat
Tajuk : Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup.
Standard Kandungan : 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard  Pembelajaran    : 1.1.1Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Objektif : Murid murid dapat menyenaraikan benda hidup dan benda bukan hidup.
KPS : Memerhati, mengelas
KMS : Menggunakan benda bukan hidup tanpa membazir.
KBKK : Mengumpul dan mengelas, menghubungkait
SS dan NM : menghargai keseimbangan alam semulajadi.


Set induksi  (5 Minit)


Mempamerkan Power point

1. Murid membaca empat soalan teka teki di skrin.

2. Guru menyoal murid apakah jawapan bagi teka-teki tersebut.
(Jawapan : manusia, unta, pokok periuk kera, belon)

3. Guru menghubungkaitkan jawapan teka-teki tersebut dengan topik yang hendak dipelajari.

BBM
Komputer riba, projektor
LCD


Langkah 1 (20 minit)


Mengelaskan objek kepada Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
1. Guru menunjukkan  gambar yang mengandungi benda hidup dan benda bukan hidup di skrin.

2. Guru meminta murid mengelaskan gambar tersebut  kepada benda hidup ( manusia, haiwan dan tumbuhan ) dan benda bukan  hidup.

3. Murid mengelaskan gambar-gambar tersebut dan menulis jawapan di ruang yang disediakan.

4. Guru bersoal jawab dengan murid:
a. Berikan contoh lain bagi benda hidup.
b. Berikan contoh lain bagi benda bukan hidup.

BBM
Gambar benda hidup dan benda bukan hidup

KPS
Memerhati
Mengelas

SS & NM
Menghargai keseimbangan alam semulajadi


Langkah 2 (15 minit)


Kata kunci mengenai benda hidup dan benda bukan hidup beserta gambar
1, Guru memberikan kata kunci bagi benda hidup dan benda bukan hidup di skrin.

2. Murid menentukan jawapan berdasarkan  maklumat  yang diberi.

3. Murid membaca pernyataan  dan menulis contoh-contoh benda yang sesuai.

4. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan.
BBM
Komputer riba, projector, LCD.

KPS
Memerhati
Mengelas

SS & NM
Menghargai keseimbangan alam semulajadi


Rumusan (20 minit)


Rumusan mengenai benda hidup dan benda bukan hidup
1. Guru membuat rumusan dengan menunjukkan kumpulan gambar benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja  dan meminta murid mewarnakan gambar mengikut warna yang dipilih iaitu :-

a. Hijau untuk benda hidup
b. Merah untuk benda bukan hidup

BBM
Lembaran kerja,

KPS
mengelas